Wednesday, December 21, 2011

Riba



1. Maksud Riba’.

- Pada bahasa ialah bertambah atau subur.
- Pada Syarak ialah aqad bagi sesuatu pertukaran barang-barang yang tertentu tetapi tidak diketahui persamaannya menurut kiraan syarak ketika aqad atau diketahui persamaannya dengan menggunakan kedua-dua pertukaran itu atau salah satu dari keduanya.

2. Riba’ terbahagi kepada tiga bahagian :-

a) Riba’ Al-Fadhl – riba yang dibayar lebih pada satu pihak yang menukarkan barang.
Contohnya : Satu kilo beras mahsuri ditukar dengan satu kilo beras yang lain ( berlainan kualiti dan jenis ).

b) Riba’ Al-Yad - riba’ yang dibayar lebih kerana tidak diterima dalam majlis aqad jualbeli.
Contohnya : Seseorang yang beraqad sebanyak RM 100.00 tetapi
apabila diluar aqad dibayar RM 105.00.

c) Riba’ Al-Nasi’ah – riba’ yang dibayar lebih kerana dilewatkan pembayarannya.
Contohnya : Pinjaman sebanyak RM 100.00 maka dibayar balik
RM 120.00

3. Dalil-dalil pengharaman riba’

- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’. ”
( Surah Al – Baqarah – Ayat 275 )

- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”
(Surah Ali Imran – Ayat 130)

- Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :
“Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba’ orang yang berwakil padanya dan jurutulisnya dan saksi-saksinya dan mereka berkata mereka itu sama sahaja. “
(Riwayat Muslim)

4. Hikmah diharamkan riba’

- Riba adalah merupakan satu penindasan dan pemerasan terhadap orang-orang miskin kerana yang miskin bertambah miskin, fikirannya bertambah bimbang kerana memikirkan tentang bagaimana hendak membayar hutangnya yang sentiasa bertambah bunganya bila lambat dibayar.
- Pihak yang memakan riba’ akan bertambah kaya dan senang.
- Riba’ akan mendorong pemakannya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan berusaha sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha dan bekerja.
- Riba boleh merenggangkan merosakkan perhubungan di antara orang kaya pemakan riba’ dengan orang miskin seterusnya akan menimbulkan kekacauan di dalam masyarakat dan negara timbullah di sana-sini rompakan, pembunuhan dan sebagainya.

5. Syarat-syarat penjualan barang-barang untuk mengelakkan riba’ :-

- Barang yang sama jenis:-

a) Hendaklah sama sukatan atau timbangan keduanya.
b) Hendaklah sama dengan tunai.
c) Hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad.

- Barang yang tidak sama jenis:-

a) hendaklah dengan tunai.
b) hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad.

6. Jika barang pertukaran itu berlainan jenis seperti beras dan wang dan sebagainya tidak dikenakan apa-apa syarat dan boleh dijualbeli sebagaimana dalam persetujuan antara kedua pihak.

( Rujukan Kitab - Kitab Matla’al Badrain – Syeikh Daud Fattani )

http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/muamalat/riba.htm

Thursday, December 8, 2011

UNIC - Menuju Wawasan



Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat

aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari

umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh

akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

UNIC - Doa Rabitah



YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini

telah berkumpul kerana mengasihiMU,

bertemu untuk mematuhi perintahMU,

bersatu memikul beban dakwahMU,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk

mendaulat & menyokong syariatMU,

maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya...

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

akan jalanNYA yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu

yang tidak kunkung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan

limpahan iman dan keyakinan

dan keindahan tawakkal kepadaMU,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan

ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini

sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

Engkaulah sebaik-baik sandaran

dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

Perkenankanlah permintaan ini...
~


Amin.

Monday, December 5, 2011

Masjid Nabawi


MASJID NABAWI 



Sejarah berdirinya Masjid Nabawi yaitu ketika Rasulullah SAW. Masuk Madinah, kaum Ansar mengelu-elukan beliau serta menawarkan rumah untuk beristirahat.

Namun Rasulullah SAW menjawab dengan bijaksana : "Biarkanlah unta ini jalan,karena ia diperintahkan Allah.”

Setelah sampai di tanah milik kedua anak yatim bernama Sahal dan Suhail keduanya anak Amr bin Amarah dibawah asuhan Mu'adz bin Atrah,unta tersebut berhenti, kemudian beliau dipersilahkan oleh Abu Ayub Al Ansari, tinggal di rumahnya.

Setelah beberapa bulan di rumah Au Ayub Al Ansari, Nabi mendirikan masjid di atas sebidang tanah yang sebagian milik As'ad bin Zurrah, sebagian milik kedua anak yatim (Sahal dan Suhai), dan sebahagian lagi tanah kuburan Musyrikin yang telah rusak.
Tanah kepunyaan kedua anak yatim tadi dibeli dengan harga sepuluh dinar yang dibayar oleh Abu Bakar Ra sedang tanah kuburan serta milik As'ad Bin Zurrah diserahkan sebagai wakaf.

Waktu membangun masjid Nabi meletakkan batu pertama,selanjutnya kedua, ketiga, keempat dan kelima masing-masing oleh sahabat Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Kemudian dikerjakan dengan gotong royong sampai selesai.

Pagarnya dari batu tanah (setinggi kurang lebih 2 meter) tiang-tiangnya dari batang kurma,atap dari pelepah pohon kurma,halaman ditutup denga batu-batu kecil, kiblat menghadap ke Baitul Maqdis, kerana waktu itu perintah Allah SWT.

untuk menghadap Ka'bah belum turun.

Pintunya tiga buah,yaitu pintu kanan, pintu kiri dan pintu belakang.Panjang masjid 70 hasta,lebar 60 hasta. Dengan demikian masjid itu sederhana sekali tanpa hiasan, tanpa tikar dan untuk penerangan waktu malam hari digunakan pelepah kurma kering yang dibakar.

Masjid tersebut dibuat tahun ke-1 Hijriah. Di sisi masjid dibangun tempat kediaman Nabi dan Keluarganya yang kemudian menjadi tempat pemakamannya.Jumlah pintu yang dibuat sampai dengan masa Raja Abd. Aziz ialah Bab Su'ud, Abdul Aziz, Abdul Majid, Abu Bakar Assiddiq, Umar bin Khattab, Usman bin 'Affan, Babus Salam, Babur Rahman, Babun Nisa, Bab Jibril. 

Setiap pintu tingginya 6 m dan lebar 3,2 m dibuat dari kayu dihiasi ukiran dari tembaga kuning model Arab. Jumlah tiang sebanyak 232 buah,masing-masing tingginya 5 m. Didirikan 2 buah menara terletak di muka masjid tingginya masing-masing 70 m. Setelah perluasan di masa Raja Fahd jumlah pintu, tiang dan menara bertambah banyak dan seluruh ruangan ber-AC (full AC).



Data perkembangan masjid Nabawi mulai dari zaman Rasulullah SAW. sebagai berikut: Luas masjid waktu dibangun oleh Rasulullah 2.475 M2, tambahan Khalifah Usmar bin Khattaab 1.100 M2, tambahan Khalifah Usman bin Affan 496 M2,  tambahan Khalifah Walid bin Abdul Malik 2.369 M2, tambahan Khalifah Abbas Al Mahdi 2.450 M2, tambahan Malik Al Qait Bey 120 M2, tambahan Khalifah Sultan Abdul Majid Al Usmani 1.293 M2, tambahan Mali Faisal 600 M2.

Pada saat Malik Fahd sedang melaksanakan perluasan Masjid Nabawi tersebut seluas 82.000 M2.

Perut.

Jangan terlalu memanjakan perut,
Dengan memenuhi segala kehendaknya.

Makan hanya sekadar perlu sahaja.

Namun jangan pula menyakiti perut,
Dengan tidak memakan hingga menyebabkan ia sakit.

Sayangi ia bukan memanjai ia,
Hargai ia bukan menyakiti ia.

Jagalah kesihatan kita,
Kerana ia,
Nikmat kurnia Allah.

Asif andai salah.

Friday, December 2, 2011

Hijrah ke Habsyah

Dengan tenang Jaafar bin Abi Talib menjelaskan, " Tuanku, dahulu kami ini manusia jahil. Kami tidak mengenal Allah dan pesuruh-Nya. Kami menyembah patung-patung yang diperbuat daripada batu. Kami memakan bangkai dan melakukan semua jenis kejahatan. Kami juga tidak menunaikan tanggungjawap kami kepada kaum kerabat kami. Yang kuat antara kami menindas yang lemah. Kami juga sering berbunuhan sesama sendiri.

Akhirnya Tuhan datangkan seorang rasul di kalangan kami. Dia membawa pembaharuan dan kebaikan kepada kehidupann kami. Dia daripada keturunan yang mulia. Kelakuannya juga baik dan terpuji. Dia bercakap benar dan tidak pernah melakukan kejahatan sehingga kami menganggap dia manusia yang paling suci di kalangan kami.

Dia menyeru kami supaya menyembah Allah dan meninggalkan perbuatan yang jahat. Dia mengajar kami supaya bercakap benar, menunaikan amanah, menghormati kaum kerabat, dan berbaik-baik dengan jiran tetanggga. Daripadanya kami belajar bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dan berkelakuan baik. Kami juga diajar supaya tidak melakukan perbuatan yang jahat dan tidak menumpahkan darah. Dia melarang kami berzina, bercakap bohong, memakan harta anak-anak yatim secara haram, memfitnah, dan sebagainya. Dia jua mengajar kami ayat-ayat suci al-Quran.

Kerana itu kami percaya kepadanya lalu kami menjadi pengikutnya. Kami amalkan segala ajaran yang dibawanya. Kerana itu kami diganggu, disakiti malah diancam bunuh dengan harapan kami kembali kepada agama asal kami. Apabila tidak tertahan dengan kekejaman yang mereka lakukan kepada kami maka kami minta kebenaran daripada nabi kami dan berhijrah ke Habsyah. Kami meminta perlindungan daripada tuanku kerana yakin tuanku seorang raja yang baik dan adil."

http://books.google.com.my/books?id=JutAgOBblGcC&pg=PT6&dq=Sultan+Muhammad+al-Fateh+-+Penakluk+Konstantinopel&source=gbs_toc_r&cad=4#v=onepage&q&f=false

Buku: Umar al-Khattab: Reformis Dunia Islam by Abdul Latip Talib
MS: 74-75

Umar Al-Khattab

" Apabila bayi perempuan dikuburkan hidup-hidup, kamu akan ditanya kerana dosa apakah dia dibunuh?" ( Surah al-Takwir:8-9)

Ketika Umar al-Khattab menggali lubang, debu-debu pasir terkena pada jubahnya. Anak perempuan itu datang lalu menyapu debu-debu yang terkena pada baju ayahnya. Apabila lubang itu siap digali, Umar al-Khattab berehat seketika bagi melepaskan penat. Anak perempuannya datang lalu, menyapu pasir halus yang melekat pada janggut ayahnya.

Terdetik juga rasa kasihan di hati Umar Al-Khattab kepada anak perempuannya. Tetapi ego dan kejahilan lebih menguasai fikiran warasnya. Tambahan pula orang ramai termasuk Abu Lahab dan Abu Jahal terus mengapikannya.

Umar al-Khattab mengangkat anak perempuannya lalu dihumban ke dalam lubang yang baru digalinya itu tanpa rasa belas kasihan. Dia menimbus lubang itu dengan pasir.


Tajuk: Penyesalan [ Bab 5 ]
MS: 32

http://books.google.com.my/books?id=JutAgOBblGcC&pg=PT6&dq=Sultan+Muhammad+al-Fateh+-+Penakluk+Konstantinopel&source=gbs_toc_r&cad=4#v=onepage&q&f=false



Thursday, December 1, 2011

Surat Terbuka Dari Iblis

Hai manusia yang tersayang,

Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat kau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan Kulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur ialah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Quran. Sesungguhnya kau tidak membuang-buang masa.

Pagi ini aku lihat kau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali! Kau telah membuktikan bahawa kau sahabatku yang budiman. Janganlah kau bersusah-susah bangun dan memendekkan tidur. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan kau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.

Aku lihat kau jarang-jarang mengambil wuduk. Ini bagus sekali kerana kau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bil rumahmu. Aku lihat kau tidak pernah membaca Bismillah sewaktu makan. Ini bagus, kerana kau tidak memenatkan mulutmu, dan bila sudah kenyang kau tidak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga, cukuplah kau sendawa kuat-kuat seperti lembu.

Hai manusia yang kucintai,

Semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Kau menghalau dia pergi tanpa kau memberikan duit sesen ataupun seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana kau tidak membuang-buang duit dan tidak membazirkan rezekimu yang melimpah ruah yang diberi Allah kepadamu. Kau seorang yang jimat cermat. Biarlah rezeki kau untuk kegunaan kau seorang, untuk menonton wayang, berholiday di Genting dan membeli kemewahan-kemewahan dunia.

Aku lihat bila kau bertemu dengan sahabat handaimu, kau tidak mengucap Assalamualaikum. Kau mengucapkan " Hi Everybody! ". Ini bagus juga kerana kau menunjukkan bahawa kau mengerti adab resam orang kafir dan kau mengerti bahasa English. Tak perlu kau belajar bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa. Kau telah membuktikan bahawa kau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu kau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.

Duhai manusia,

Di sepanjang Ramadhan ini, telah lemah seluruh urat sendiku, telah terbakar seluruh jasadku, merintih ku kesakitan, bila setiap kali ku lihat hamba-hambaNya yang penat berpuasa di malam hari dan menghabiskan waktu malam dengan berterawih, berzikir dan merintih mengenangkan dosa-dosannya yang lepas, kerana pintu taubat telah dibuka oleh Allah dengan seluas-luasnya...

Namun, aku tetap gembira kerana ada diantara kalian yang masih sudi menjadi temanku. Melepaskan peluang rahmat Allah dengan mengucapkan perkataan yang sia-sia, mengumpat, tidak berterawih, malah mencipta persengketaan. 

Aduhai tubuh badanku yang terbelenggu telah segar kembali... cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadi penyambung tugasku di sepanjang bulan uang dirahmati ini. Di akhirat nanti, kau dan aku dapat berjalan bersama-sama, kita berpegang tangan menuju ke Neraka Jahanam.

Sahabatmu Yang Tercinta,
Iblis Laknatullah


Catatan: Surat ini adalah hasil ciptaan manusia yang mempunyai "Niat yang Murni" untuk mengingatkan pembaca, bagaimana iblis dengan segala tipu dayanya menggoda manusia. Matlamat sebenar iblis laknatulahi'alaih ialah mengheret manusia bersama-samanya untuk ke dalam "NERAKA JAHANAM".




Ambil dari:   KOMPLEKS DAHLIA UITM PERLIS
                   JULY--NOVEMBER 2010

                   AURAT SAYA MARUAH SAYA

                   NICE 11

Dugaan

InsyaAllah,
Kita kan melalui permaidani merah untuk ke tempat yang kekal abadi. Dalam perjalanan itu, kita hendaklah membawa bekal yang cukup untuk menghadapi segala rintangan. 

Permaidani itu dugaan, ujian dan cabaran yang Allah telah sediakan untuk hambaNya.
Merah itu umpama darah, kelat terasa, pedih ngilu, sakit tak terkata, mahupun toreh tak berdarah, dan saat itulah bekalan ini diperlukan.
Bekalan itu adalah kesabaran, ketaqwaan, keimanan, ketabahan, dan seangkatannya.
Tempat itu ialah Syurga.

Dugaan yang Allah berikan pada kita itu setimpal dengan ganjaranNya.

Asif andai salah.