Friday, February 17, 2012

Perjuangan





Perjuangan adalah bukan mencari nama
Bukan juga untuk menempah tempat
Bukan juga untuk dipuji
Disebut...

Perjuangan bukan mendapatkan pangkat
dan Mandat..
Perjuangan juga bukan bukan untuk menunjuk
dan beraksi..

TETAPI....

Perjuangan adalah SUNNAH para nabi..
Yang mesti dipikul bagi yang mampu
dan cukup ciri dan syarat...

KERANA

Perjuangan ini penuh ribuan kilogram berat..
Malah bertan milion beratnya...
Perjuangan mesti didasari dengan amatan faham yang panjang
dan Mendalam..

Bukan wenang untuk dilaksana
kerna Ini adalah perjuangan..
Yang bakal menempah SYAHID...

Perjuangan hanya untuk jiwa yang meresap jiwa
dan Rohnya untuk menegakkan agama Allah...
Maka ia tidak dibenarkan bagi mereka yang jahil
Untuk menyambung risalah ini...

Mesti arif
Teliti
Berani
Tegas
Hikmah
Faham
Tahu

Ikhlas
Bersih
Suci
Tekal
Kekal
Utuh
Sabar

dan segala sifat yang terpuji
Yang dipecah unsurnya dari sifat RABB
Yang disusun dasar dari sifat para NABI

Penghujungnya pejuang akan tahu siapa musuhnya
dan dia berhadapan dengan siapa
Akan memperguna segala ilmu teorinya
Dan segala pengalaman yang ditimbanya..

Kata Pak Hamka dalam jurus sasteranya;


"Berguru dengan buku kau akan LUPA
Berguru dengan guru,keluar kanan dan 
kirinya,berguru dengan pengalaman 
ibarat parut yang melekat di badan".

Siapa yang sanggup memikul cita cinta ini?

Tidak lain dan tidak bukan hanya mereka yang faham tuntutan hidupnya di dunia.

Maka kata Allah: Berlumbalah kamu ke arah kebaikan

Biar manusia melihat kepelikanmu dan mereka tertanya
Agar mereka mencari jawapannya
di atas Kepelikanmu

kerana jawapannya adalah dengan kehilanganmu
dan Di saat itulah baru mereka terasa bahawa 
betapa berharganya sebuah Perjuangan... (^^)

Sabda Rasulullah S.A.W;
"Bekerjalah kamu di dunia seakan kamu ingin hidup selamanya, 
beramallah kamu di dunia seakan kamu akan mati keesokannya."

Perjuangan perlu diteruskan andainya sudah takdir sifat WAHAN makin menyelubngi ummatmu..

Buat Cendikia Islam... (^^) ... Salam Jumaat ...




copy dari sahabat.

Sunday, February 12, 2012

Syurga dan Neraka




1. Syurga dikelilingi oleh hal-hal yang tidak disukai dan neraka dikelilingi oleh syahwat. (HR. Bukhari)

2. Aku menjenguk ke syurga, aku dapati kebanyakan penghuninya orang-orang fakir-miskin dan aku menjenguk ke neraka, aku dapati kebanyakan penghuninya kaum wanita. (HR. Ahmad)

3. Tiada sesuatu yang disesali oleh penghuni syurga kecuali satu jam yang mereka lewatkan (di dunia) tanpa mereka gunakan untuk berzikir kepada Allah Azza wajalla. (HR. Ad-Dailami)

4.Aku (Rasulullah Saw) bertemu (nabi) Ibrahim ketika Isra'. Dia berkata, "Ya Muhammad, sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahukan mereka: "Sesungguhnya syurga itu baik lahannya, tawar airnya, lembah-lembahnya datar dan tanamannya: 'Subhanallah walhamdulillah walailaha illallah wallahu akbar'." [hadits ini tidak dituliskan siapa yang meriwayatkannya, karena itu saya sertakan teks arabnya]

5. Tidak ada di syurga sesuatu yang sama seperti yang ada di dunia kecuali nama-nama orang. (Ath-Thabrani)

6. Rasulullah Saw bersabda bahwa Allah Swt berfirman: "Aku menyiapkan untuk hamba-hamba-Ku yang shaleh apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan belum pernah terlintas dalam benak manusia. Oleh karena itu bacalah kalau kamu suka ayat: 'Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.' (As-Sajdah: 17)." (Mutafaq'alaih)

7. Penghuni neraka ialah orang yang buruk perilaku dan akhlaknya dan orang yang berjalan dengan sombong, sombong terhadap orang lain, menumpuk harta kekayaan dan bersifat kikir. Adapun penghuni syurga ialah rakyat yang lemah, yang selalu dikalahkan. (HR. Al Hakim dan Ahmad)

8. Azab yang paling ringan di neraka pada hari kiamat ialah dua butir bara api di kedua telapak kakinya yang dapat merebus otak. (HR. Tirmidzi)

9. Api anak Adam yang biasa dipakai untuk memasak adalah bagian dari tujuh puluh bagian api neraka. (Artinya, panas di neraka 70 kali lipat panas api di dunia). (HR. Bukhari)

10. Nabi Saw masuk syurga, orang yang mati syahid, anak yang belum dewasa (baligh) dan anak perempuan kecil yang dikubur hidup-hidup masuk surga juga. (HR. Abu Dawud)

Sumber: 1100 Hadits Terpilih (Sinar Ajaran Muhammad) - Dr. Muhammad Faiz Almath - Gema Insani

Surah




۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-

۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG.'

copy dari Sahabat.

RISIK... TUNANG... HANTARAN...



RISIK.....
TUNANG.....
HANTARAN.....

Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik...

Pertunangan sejak azali...
Di hujung hidup nanti...

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut...
Hantarannya..sakit dan nazak...

Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis...
Pengantin dimandikan...

Dipakaikan baju cantik putih...
Wangian gaharu dan cendana...

Keranda jadi pelaminan...
Pengantin bersanding sendirian...

Di arak keliling kampung...
Berkompangkan azan dan kalimah kudus...

Akad nikahnya bacaan talkin...
Berwalikan liang lahat...

Saksi pula nisan-nisan...
Siraman air mawar...
Keluarga terdekat menepung tawar...

Tiba masa pengantin...
Menunggu sendirian...

Malam pertama bersama KEKASIH...
Di kamar bertilamkan tanah...

Dan Dia menuntut janji...
Sucikah kita tatkala berpadu... ??

Pernahkah taubat sepanjang hayat... ??
Atau terkubur bersama dosa-dosa.... ??

Dan Dia Kekasih itu...
Menetapkanmu ke syurga...
Atau melemparkan dirimu ke neraka...



copy dari Sahabat.

~ FACEBOOK OH FACEBOOK ~





●❤● ~ FACEBOOK OH FACEBOOK ~

●❤● Banyak Aib manusia telah engkau dedahkan
●❤● Aurat gadis & wanita menjadi tontonan
●❤● Masalah rumahtangga habis disiarkan
●❤● Hilanglah malu, tergadailah maruah ramai insan
●❤● Sedarilah zaman fitnah semakin jelas kelihatan
●❤● Layarilah facebook dengan sebaiknya bukan untuk dedahkan keburukan 


Tapi mendatangkan kebaikan..


copy dari Sahabat.