Monday, December 5, 2011

Perut.

Jangan terlalu memanjakan perut,
Dengan memenuhi segala kehendaknya.

Makan hanya sekadar perlu sahaja.

Namun jangan pula menyakiti perut,
Dengan tidak memakan hingga menyebabkan ia sakit.

Sayangi ia bukan memanjai ia,
Hargai ia bukan menyakiti ia.

Jagalah kesihatan kita,
Kerana ia,
Nikmat kurnia Allah.

Asif andai salah.

Friday, December 2, 2011

Hijrah ke Habsyah

Dengan tenang Jaafar bin Abi Talib menjelaskan, " Tuanku, dahulu kami ini manusia jahil. Kami tidak mengenal Allah dan pesuruh-Nya. Kami menyembah patung-patung yang diperbuat daripada batu. Kami memakan bangkai dan melakukan semua jenis kejahatan. Kami juga tidak menunaikan tanggungjawap kami kepada kaum kerabat kami. Yang kuat antara kami menindas yang lemah. Kami juga sering berbunuhan sesama sendiri.

Akhirnya Tuhan datangkan seorang rasul di kalangan kami. Dia membawa pembaharuan dan kebaikan kepada kehidupann kami. Dia daripada keturunan yang mulia. Kelakuannya juga baik dan terpuji. Dia bercakap benar dan tidak pernah melakukan kejahatan sehingga kami menganggap dia manusia yang paling suci di kalangan kami.

Dia menyeru kami supaya menyembah Allah dan meninggalkan perbuatan yang jahat. Dia mengajar kami supaya bercakap benar, menunaikan amanah, menghormati kaum kerabat, dan berbaik-baik dengan jiran tetanggga. Daripadanya kami belajar bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dan berkelakuan baik. Kami juga diajar supaya tidak melakukan perbuatan yang jahat dan tidak menumpahkan darah. Dia melarang kami berzina, bercakap bohong, memakan harta anak-anak yatim secara haram, memfitnah, dan sebagainya. Dia jua mengajar kami ayat-ayat suci al-Quran.

Kerana itu kami percaya kepadanya lalu kami menjadi pengikutnya. Kami amalkan segala ajaran yang dibawanya. Kerana itu kami diganggu, disakiti malah diancam bunuh dengan harapan kami kembali kepada agama asal kami. Apabila tidak tertahan dengan kekejaman yang mereka lakukan kepada kami maka kami minta kebenaran daripada nabi kami dan berhijrah ke Habsyah. Kami meminta perlindungan daripada tuanku kerana yakin tuanku seorang raja yang baik dan adil."

http://books.google.com.my/books?id=JutAgOBblGcC&pg=PT6&dq=Sultan+Muhammad+al-Fateh+-+Penakluk+Konstantinopel&source=gbs_toc_r&cad=4#v=onepage&q&f=false

Buku: Umar al-Khattab: Reformis Dunia Islam by Abdul Latip Talib
MS: 74-75

Umar Al-Khattab

" Apabila bayi perempuan dikuburkan hidup-hidup, kamu akan ditanya kerana dosa apakah dia dibunuh?" ( Surah al-Takwir:8-9)

Ketika Umar al-Khattab menggali lubang, debu-debu pasir terkena pada jubahnya. Anak perempuan itu datang lalu menyapu debu-debu yang terkena pada baju ayahnya. Apabila lubang itu siap digali, Umar al-Khattab berehat seketika bagi melepaskan penat. Anak perempuannya datang lalu, menyapu pasir halus yang melekat pada janggut ayahnya.

Terdetik juga rasa kasihan di hati Umar Al-Khattab kepada anak perempuannya. Tetapi ego dan kejahilan lebih menguasai fikiran warasnya. Tambahan pula orang ramai termasuk Abu Lahab dan Abu Jahal terus mengapikannya.

Umar al-Khattab mengangkat anak perempuannya lalu dihumban ke dalam lubang yang baru digalinya itu tanpa rasa belas kasihan. Dia menimbus lubang itu dengan pasir.


Tajuk: Penyesalan [ Bab 5 ]
MS: 32

http://books.google.com.my/books?id=JutAgOBblGcC&pg=PT6&dq=Sultan+Muhammad+al-Fateh+-+Penakluk+Konstantinopel&source=gbs_toc_r&cad=4#v=onepage&q&f=false



Thursday, December 1, 2011

Surat Terbuka Dari Iblis

Hai manusia yang tersayang,

Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat kau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan Kulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur ialah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Quran. Sesungguhnya kau tidak membuang-buang masa.

Pagi ini aku lihat kau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali! Kau telah membuktikan bahawa kau sahabatku yang budiman. Janganlah kau bersusah-susah bangun dan memendekkan tidur. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan kau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.

Aku lihat kau jarang-jarang mengambil wuduk. Ini bagus sekali kerana kau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bil rumahmu. Aku lihat kau tidak pernah membaca Bismillah sewaktu makan. Ini bagus, kerana kau tidak memenatkan mulutmu, dan bila sudah kenyang kau tidak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga, cukuplah kau sendawa kuat-kuat seperti lembu.

Hai manusia yang kucintai,

Semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Kau menghalau dia pergi tanpa kau memberikan duit sesen ataupun seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana kau tidak membuang-buang duit dan tidak membazirkan rezekimu yang melimpah ruah yang diberi Allah kepadamu. Kau seorang yang jimat cermat. Biarlah rezeki kau untuk kegunaan kau seorang, untuk menonton wayang, berholiday di Genting dan membeli kemewahan-kemewahan dunia.

Aku lihat bila kau bertemu dengan sahabat handaimu, kau tidak mengucap Assalamualaikum. Kau mengucapkan " Hi Everybody! ". Ini bagus juga kerana kau menunjukkan bahawa kau mengerti adab resam orang kafir dan kau mengerti bahasa English. Tak perlu kau belajar bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa. Kau telah membuktikan bahawa kau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu kau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.

Duhai manusia,

Di sepanjang Ramadhan ini, telah lemah seluruh urat sendiku, telah terbakar seluruh jasadku, merintih ku kesakitan, bila setiap kali ku lihat hamba-hambaNya yang penat berpuasa di malam hari dan menghabiskan waktu malam dengan berterawih, berzikir dan merintih mengenangkan dosa-dosannya yang lepas, kerana pintu taubat telah dibuka oleh Allah dengan seluas-luasnya...

Namun, aku tetap gembira kerana ada diantara kalian yang masih sudi menjadi temanku. Melepaskan peluang rahmat Allah dengan mengucapkan perkataan yang sia-sia, mengumpat, tidak berterawih, malah mencipta persengketaan. 

Aduhai tubuh badanku yang terbelenggu telah segar kembali... cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadi penyambung tugasku di sepanjang bulan uang dirahmati ini. Di akhirat nanti, kau dan aku dapat berjalan bersama-sama, kita berpegang tangan menuju ke Neraka Jahanam.

Sahabatmu Yang Tercinta,
Iblis Laknatullah


Catatan: Surat ini adalah hasil ciptaan manusia yang mempunyai "Niat yang Murni" untuk mengingatkan pembaca, bagaimana iblis dengan segala tipu dayanya menggoda manusia. Matlamat sebenar iblis laknatulahi'alaih ialah mengheret manusia bersama-samanya untuk ke dalam "NERAKA JAHANAM".




Ambil dari:   KOMPLEKS DAHLIA UITM PERLIS
                   JULY--NOVEMBER 2010

                   AURAT SAYA MARUAH SAYA

                   NICE 11

Dugaan

InsyaAllah,
Kita kan melalui permaidani merah untuk ke tempat yang kekal abadi. Dalam perjalanan itu, kita hendaklah membawa bekal yang cukup untuk menghadapi segala rintangan. 

Permaidani itu dugaan, ujian dan cabaran yang Allah telah sediakan untuk hambaNya.
Merah itu umpama darah, kelat terasa, pedih ngilu, sakit tak terkata, mahupun toreh tak berdarah, dan saat itulah bekalan ini diperlukan.
Bekalan itu adalah kesabaran, ketaqwaan, keimanan, ketabahan, dan seangkatannya.
Tempat itu ialah Syurga.

Dugaan yang Allah berikan pada kita itu setimpal dengan ganjaranNya.

Asif andai salah.

Thursday, November 17, 2011

Apabila...

Apabila BERTEMAN, jangan mengharapkan KEISTIMEWAANNYA,
Kerana engkau mungkin MEMBENCI tatkala ketemu KELEMAHANNYA..
Apabila BERKAWAN, jangan mengimpikan KESEMPURNAANNYA,
Kerana engkau mungkin MENCELA andai terlihat KECACATANNYA..
Apabila BERSAHABAT, jangan bersandarkan HARTA MILIKANNYA,
Kerana engkau mungkin MENGHINDAR tatkala dia dihimpit KEMISKINAN..

Tetapi BERUKHWAHLAH KERANA ALLAH SWT..
Nescaya akan lahir PERSAHABATAN yang TULUS..
Yang dengannya akan saling BERKONGSI KENIKMATAN,..
Yang dengannya akan saling MENDOKONG KESULITAN..
Yang dengannya akan saling MENASIHATI kepada KEBAIKAN..
Yang dengannya akan saling MELENGKAPI tiap-tiap KEKURANGAN dengan KELEBIHAN yang dimiliki...

DEMI MENDAMBAKAN REDHA ILAHI...!


copy dari Muhammad Uzaier Fitri 

Monday, November 14, 2011

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah- mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.