Wednesday, September 8, 2010

Apabila Buku Amalan Dibuka

    Salah satu peristiwa besar yang akan terjadi pada saat upacara hisab ialah penyerahan buku catatan amal manusia di dunia. Allah s.w.t. menjelaskan proses penyerahan buku itu adalah berbeza-beza sesuai dengan amal perbuatan manusia di dunia.
Allah berfirman yang bermaksud:
Adapun orang yang diberikan kepadanya kitab dari sebelah kanannya, maka dia berkata: 'Ambillah, bacalah kitab amalanmu (ini). Sesungguhnya aku yakin bahawa aku akan menenui hisab terhadap diriku.'
Adapun orang yang diberikan kepadanya kitab dari sebelah kirinya, maka dia berkata: 'Aduhai,alangkah baik jika aku tidak diberikan kepadaku kitab. Alangkah baiknya kiranya kematian itu suatu penamat. Harta kekayaanku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku. Malah telah hilang dariku kuasa pemilikannya.' Suruh al-Haqqah

Malaikat Pencatat
Allah berfiraman yang bermaksud:
'Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada berdekatannya malaikat pengawas yang selalu hadir." (Suruh Qaf 50:18)
Al-Quran menamakan kedua-dua malaikat ini dengan sebutan al-Hafazah (penjaga amal perbuatan manusia).

Ibn Abbas berkata: " Mereka mencatat semua kata-kata yang diucapkan oleh manusia,sama ada baik ataupun buruk, bahkan mereka menuliskan ucapan ( yang tidak mengandungi pahala ataupun dosa sekalipun) seperti 'aku makan, 'aku minum', 'aku pergi', aku datang', 'aku lihat', dan sebagainya".

Abu al-Jauza dan Mujahid berkata:
" Dicatatkan semua ucapan dan perbuatan manusia termasuk rintihan sakit sekalipun".

Riwayat al-Bukhari dan Muslim daridapa Ibn Abbas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
" Sesungguhnya Allah s.w.t. mencatat amalan baik dan buruk manusia. Maka sesiapa yang berkeinginan (hamma) untuk melakukan kebaikan namun tidak jadi melakukannya, akan ditulis untuk kebaikan sempurna. Dan sesiapa yang berkeinginan untuk melakukannya lalu ia benar-benar melakukannya, maka ditulis untuknya sepuluh kebaikan sehingga tujuh ratus kali ganda bahkan hingga tidak terbatas. Dan sesiapa yang berkeinginan untuk melakukan keburukan namun ia tidak jadi melakukannya, maka ditulis untuknya satu kebaikan. Namun jika ia keinginannya lalu benar-benar melakukannya, maka akan ditulis untuknya satu kejahatan."

Buku Amalan
Kedua-dua malaikat ini tidak pernah penat atau bosan mencatat amalan manusia, hingga tiba saat kematian orang tersebut lalu ditutuplah buku amalannya. Dan buku itu akan sekali lagi dibuka apabila orang tersebut dibangkitkan kembali untuk menjalani hisab. Imam ahli tefsir Muqatil bin Sulaiman berkata, "Apabila seseorang mati, maka lembaran amalannya tertutup. Lalu apabila ia dibangkitkan, lembaran-lembaran itu akan dibuka kemali." Ucapan ini sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia) kembali dibuka". (Suruh al-Takwir 81:10)

    Diriwayatkan bahawa buku-buku itu akan turun dari arah langit, lalu berterbangan mencari para pemiliknya yang ketika itu sedang berdiri di padang Mahsyar. Sebahagian ulama membayangkan pemandangan waktu itu bagaikan hujan salji yang sangat lebat. Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam al-Zuhd al-Kabir daripada Rabi'ah al-'Adawiah ia berkata, "Setiap kali melihat hujan salji, aku teringat buku-buku amalan yang berterbangan."

    Anehnya, buku yang berterbangan itu jatuh pada tangan pemiliknya. Jika ia jatuh ke tangan pemiliknya melalui arah kanan, maka disambut dengan kegembiraan yang tidak terkira. Sebab "kanan" (bahasa Arab al-yamin) berasal daripada kata "al-yumn" yang mengandungi makna "beruntung" sehingga menandakan keselamatan. Orang ini akan melompat kegirangan lalu menunjukkan bukunya itu kepada semua orang yang berada berdekatannya. Ia berkata, " Mari lihatlah kitabku ini! Sesungguhnya sejak duulu aku yakin bahawa aku akan menemui hisab terhadap diriku." Demikian sebagaimana yang diceritakan dalam suruh al-Haqqah di atas.

    Sebahagian buku yang lain jatuh ke tangan pemiliknya melalui arah tangan kiri, maka dia akan melahirkan rasa ketakutan  yang tidak terbayang. Sebab "kiri" ( bahasa Arab al-syimal atau masy'amah) mengandungi makna "syu'm" yang bererti "sial" atau "tidak beruntung". Ketakutan orang ini semakin besar pada waktu dia membaca isi buku tersebut dan melihat semua perincian perbuatannya tertulis dengan jelas. Mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab ini yang tidak meninggalkan wang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia tercatat semuanya." (Suruh al-Kahfi 18:49)

    Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Huraiah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,"Sering kali sebuat kata-kata yang diucapkan seseorang, ia menganggapkan ringan sahaja, namun dapat membuatnya melayang-layang di neraka selama tujuh tahun lamanya."

Buah Keimanan
Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya meriwayatkan ucapan adalah sebahagian tanda solehin, "Buku ini, lidahmu menjadi penanya, air liurmu menjadi dakwatnya dan tubuhmu menjadi kertasnya. Kamu sendiri mengimlakkan kepada malaikat al-hafazah. Tidak ditambah ataupun dikurangkan. Jika kamu memungkiri isinya, maka akan diharikan saksi daripada tubuhmu sendiri."
Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya daripada Abu Sawar al-'Adawi yang berkata, "Buku ini dibuka dua kali dan ditutup sekali. Selama engkau hidup, wahai manusia, selama itu juga bukumu selalu terbuka. Maka imlakkanlah sesuka hatimu. Lalu apabila engkau mati, maka bukuitu ditutup. Sehinngga ketika engkau dibangkitkan kembali, maka buku itu akan kembali dibuka."

   Maka tidak hairan jika kita menemui sejarah hidup beberapa tokoh ulama tabiin yang sangat menjaga dirinya daripada dosa seperti Abdullah bin 'Aun di Basrah. Murid Hasan al-Basri ini amat terkenal dengan pandai menjaga diri sehingga Kharijah bin Mus'ab pernah berkata, " Aku berkawan dengan Ibn 'Aun selama 20 tahun, dan aku yakin kedua-dua malaikat yang bersamanya tidak pernah menulis satu dosa pun untuknya."

    Begitu juga Imam Ahli Madinah, Muhammad bin Abdul Rahman Ibn Abi Dzi'b. Muridnya yang terkenal dengan panggilan al-Waqidi pernah berkata, " Ibn Abi Dzi'b selalu melalkukan solat sepanjang malam dan sangat kuat beribdah. Andai dikatakan kepadanya, esok adalah hari kiamat, nescaya dia tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan bagi menambahkan ibadahnya." Yakni, sebab semua macam ibadah telah ia lakukan dengan sangat sempurna.

Berkata Baik atau Diam
Jika kita tidak mampu meniru ulama-ulama tabiin yang sangat rajin merencanakan kata-kata indah ke dalam buku amalannya ini, paling tidak setiap orang daripada kita mempu untuk tidak menuliskan goresan dosa  di dalam buku catatanya. Jika kita tidak mampu menghiasi lidah setiap saat dengan zikir dan nasihat, setiap daripada kita mampu untuk diam daripada mengucapkan kata-kata dosa. Ingat selalu sabda Rasulullah yang bermaksud, " Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhir, hendaklah ia berkata baik atau diam." ( Riwayat Ahmad no 16417)

No comments:

Post a Comment