Friday, December 2, 2011

Hijrah ke Habsyah

Dengan tenang Jaafar bin Abi Talib menjelaskan, " Tuanku, dahulu kami ini manusia jahil. Kami tidak mengenal Allah dan pesuruh-Nya. Kami menyembah patung-patung yang diperbuat daripada batu. Kami memakan bangkai dan melakukan semua jenis kejahatan. Kami juga tidak menunaikan tanggungjawap kami kepada kaum kerabat kami. Yang kuat antara kami menindas yang lemah. Kami juga sering berbunuhan sesama sendiri.

Akhirnya Tuhan datangkan seorang rasul di kalangan kami. Dia membawa pembaharuan dan kebaikan kepada kehidupann kami. Dia daripada keturunan yang mulia. Kelakuannya juga baik dan terpuji. Dia bercakap benar dan tidak pernah melakukan kejahatan sehingga kami menganggap dia manusia yang paling suci di kalangan kami.

Dia menyeru kami supaya menyembah Allah dan meninggalkan perbuatan yang jahat. Dia mengajar kami supaya bercakap benar, menunaikan amanah, menghormati kaum kerabat, dan berbaik-baik dengan jiran tetanggga. Daripadanya kami belajar bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dan berkelakuan baik. Kami juga diajar supaya tidak melakukan perbuatan yang jahat dan tidak menumpahkan darah. Dia melarang kami berzina, bercakap bohong, memakan harta anak-anak yatim secara haram, memfitnah, dan sebagainya. Dia jua mengajar kami ayat-ayat suci al-Quran.

Kerana itu kami percaya kepadanya lalu kami menjadi pengikutnya. Kami amalkan segala ajaran yang dibawanya. Kerana itu kami diganggu, disakiti malah diancam bunuh dengan harapan kami kembali kepada agama asal kami. Apabila tidak tertahan dengan kekejaman yang mereka lakukan kepada kami maka kami minta kebenaran daripada nabi kami dan berhijrah ke Habsyah. Kami meminta perlindungan daripada tuanku kerana yakin tuanku seorang raja yang baik dan adil."

http://books.google.com.my/books?id=JutAgOBblGcC&pg=PT6&dq=Sultan+Muhammad+al-Fateh+-+Penakluk+Konstantinopel&source=gbs_toc_r&cad=4#v=onepage&q&f=false

Buku: Umar al-Khattab: Reformis Dunia Islam by Abdul Latip Talib
MS: 74-75

No comments:

Post a Comment